Assalamualaikum wbt.
haiii... aritu kita masak apam polka dot dot dot. bahan2 n cara sangat senang. sedap dan sangat menarik.
my anak2 buah berebut makan. sesuai untuk minum petang, majlis hari jadi or jamuan etc.
disebabkan apam tu menarik kita ingat macam susah. tapi seriously tak tipu, senang je buat dia.
Joomm ke daporsorga!
Resepi Apam Polkadot
Hidangan : 50 mini cups
BAHAN-BAHAN
170 gram tepung gandum (diayak)
2
sudu kecil baking powder (diayak)
2 biji telur (gred A)
150 gram gula kaster
1/2 sudu besar ovelette
100 ml susu(segar or susu cair)
1 sudu teh esen vanilla
Inti : kaya/ jem straberry/ blueberry or etc
pewarna bagi mewarnakan dot dot anda :)
CARA PENYEDIAAN
1.Pukul telur , gula dan ovelette sehingga kembang,gebu putih dan bertanduk.
2. Masukkan tepuk dan baking powder yang telah diayak diselang selikan dengan susu.
3. Masukkan esen vanilla dan pukul sehingga sebati.
4. Asingkan adunan kedalam beberapa mangkuk mengikut warna yang anda gemari.
5. Selepas warnakan adunan, masukkan adunan kedalam piping bag bg memudahkan sessi dotdot apam. :p
6.Picitkan sedikit adunan dalam mangkuk kertas
7. Picitkan pula filling (filling pon masuk piping bag)
8. Penuhkan mini cups dengan adunan.
9. dot dot kan apam anda dengan warna berlainan.
10. Apam perlu dikukus 10-15 minit dengan api sederhana sehingga masak:)
11. Sedia untuk dihidang!