sedapnya makan donut gebu dan lembut utk tea time petang2 dan ditemankan air teh o panas minum bersama keluarga:)
senang saja! jum buat donut!
BAHAN-BAHAN
Bahan A
1 paket yis (mauripan)
1/4 cawan air suam
Bahan B
500 gram tepung gandum / high protein
3 sudu besar gula
3 sudu besar susu tepung
2 sudu besar marjerin
Bahan C
1 sudu kecil garam
1/2 cawan air suam
CARA-CARA PENYEDIAAN
1. campurkan bahan A. biarkan yis berbuih .(yis diaktifkan! ecehh..)
*gambar 1*
2. Gaulkan semua bahan B sehingga sebati dalam satu mangkuk besar.
3. Masukkan hasil bahan A tadi kedalam campuran bahan B .
4. gaulkan bahan C dan masukkan sedikit demi sedikit kedalam mangkuk besar, uli sehingga menjadi dough.
5. kalau kurang air, tambah sedikit air dan jika terlebih air, masukkan tepung sehingga dough anda licin :)
*gambar 2*
6. ratakan dough guna pengeleng dan boleh terus di terap. *tabur tepung sikit nak elat melekat*
7. biarkan donut selama 5 minit sebelum goreng!(bagi donut awak naik dan gebu)
8. goreng donut dengan api yang perlahan dan setiasa di balikkan! :)
9. toskan donut dan biar sejuk sebentar sebelum ditabur gula halus/ coklat garnesh :)
senang bukan?! *SELAMAT MENCUBA!*
GAMBAR 1: Bahan A yang dibiarkan berbuih. ini menunukan yis bertindak dengan air suam dan AKTIF! |
GAMBAR 2 : dough yang sedia untuk diterap! |
Donut gebu tersedia!!! |
No comments:
Post a Comment