haii.. harini kita buat spaghetti bolognese. akceli senang je buat dia.
lagi senang kalau pakai spaghetti sauce yang prego tu je.. tapi mahal sikit.
harini kita buat cara murah tapi rasa n sedap tetap sama :) jum ke daporsorga!
hidangan : dalam 8-10 orang makan *ikut saiz org* hehe
BAHAN-BAHAN
**gambar 1**
1 paket spaghetti
1 tin tomato puree
200 gram daging cincang
2 labu bawang besar (potong dadu)
7 ulas bawang putih (potong dadu)
1 tin cendawan (potong kecil)
2 kiub ayam
1 1/2 tin air
gula dan garam secukup rasa
sedikit oregano
sedikit minyak utk menumis dan merebus.
CARA PENYEDIAAN
1. Rebus spaghetti kedalam periuk yang diisi air. tuangkan sedikit minyak dalam rebusan (elak spaghetti melekat) . tos dan ketepikan. *gambar 2*
2. Tumiskan bawang merah dan bawang putih hingga naik bau.
3. Masukkan daging kisar dan kacau (jangan bagi daging berketul)
4. Masukkan cendawan dan tomato puree dan kacau hingga sekata.
5. Masukkan air dan kiub ayam. biarkan ia mendidih.
6. masukkan garam dan gula secukup rasa dan biarkan kuah pekat.akhir sekali letak sedikit oregano.
7. semudah 1,2,3,4,5,6 spagetti lazat tersedia!! haha
GAMBAR 1: Bahan-bahan mudah dan murah untuk buat spaghetti ni. dan boleh makan ramai org. |
GAMBAR 2: 1 packet spagetti boleh dapat 1 mangkuk besar! |
kalau nak pedas, boleh letak cili api. nyumm! uollz boleh letak juga carrot, sos cili etc dalam kuah ikut citarasa masing2:) |
mudah bukan. kita tambah cili api. sebab kami suka pedas. selamat mencuba! |
Tq for sharing. Blur gak tadi ada puri tomato tapi tk ada idea nak buat apa.
ReplyDelete